+bEaUtiFooLmiNd+

..a masterpiece created by me,to share with others..

10:30 AM

nak balik raya haji. yayay!

come from sarah mohamad

*pasport dan buku pengawasan orang asing*


yehe. erp aku da siap. erp= exit re-entry permit. kena ada erp baru boleh keluar dr indonesia ni. kalau tak, kena bayar 1juta utk fiskal. dan temp0h fiskal ni 10 hari jek. erp pulak 3 bulan. kiranya boleh balik ke malaysia, and 3 bulan kemudian balik ke indonesia. kalau tak sampai 3 bulan, takpe. tapi kalau exceed length of stay kat malaysia, each n every day yang telebih-lebih tuh akan dikenakan denda. mahal la denda dia pokoknye. ya lah, kalau murah, mst sumeorg wat kepala sndr.

nak buat erp ni bukan sekejap. 3 kali kena pergi imigrasi baru boleh siap. kalau nak cepat, bayar la extra. 1st visit, hantar surat dan borang. 2nd visit, pergi bayar. 3 rd visit pulak baru siap dalam 2-3 minggu la baru siap proses ni.

* exit re-entry permit*


tapi kalau nak visit mana2 tempat dalam indonesia sendiri, tak perlu wat erp ni. dan erp ni hanya dibuat jika anda pemegang kittas (kartu izin terbatas). kira mcm permanent resident la utk jangka waktu tertentu. kalau pemegang visa, tak perlu buat erp ni. suka hati nak balik besok pon no hal.

erp, check! tiket, check! jom balik raya! hehe..

5:35 PM

yang tak biasa kita lihat

come from sarah mohamad

aku nampak bnde ni kat pajus. nampak tak ape yg weird disini?


tak nampak? cube try ni pulak..



still tak nampak?? ok. kite zoom pulak..



faculty of letters?? persoalannya, apakah maksud ayat di atas??

5:58 PM

penyakit

come from sarah mohamad

aku sekarang ada dua masalah besar

first: biological clock aku rosak total

aku akan tido petang puas-puas macam tido malam. malam aku akan jadi burung hantu. semenjak kelas aku asik tgh hari ni, makin rosak jadinya. bangun-bangun je da pukol 1pm. aku sempat jumpe subuh. jgn risau.

second: aku dah kembali ke zaman-zaman rock kapak

semenjak aku jumpa banyak lagu klasik dalam external aku, aku asik layan lagu lama-lama je. lagu wajib aku cinta pantai merdeka, cinta kain putih, permaisuri. jiwang seyh. macam layan jek tgh-tgh malam layan lagu camtu. penah satu malam aku tgk syok sendiri karok dalam bilik, tiba-tiba playlist aku keluar asma'ul husna. meremang kejap. pukul 2@3 pagi pulak mase tuh. haha. kalau korg nampak status twitter aku tuh bukan-bukan, mengertilah bahwa aku tgh layan jiwang.

sekian mekaseh.

11:05 PM

sepanjang 7 semester berada di medan

come from sarah mohamad

dah 7 semester da. pejam celik. kejap je rupanya. we're now in our 4th year. 4th year wey! can u believe it? i was looking trough my photo album, n i see how much we've changed. lucu! from kurus to gemuk, selekeh to smart sikit, nerd to normal sikit, and macam-macam lagi.

*our very 1st trip as a dental student. inagurasi pergi danau toba. kurus kan aku?*

we share the same interest. makan! suka sgt jalan2 cari makan ramai. mase before ada moto, sumorg akan gerak naik angkut. ramai2. sampai kadang-kadang org yg dalam angkut tuh keluar sbb tak tahan dgn kebisingan kita. haha.

*makan durian. perhatikan muka faiz, hidir, abu, jemi n daus. LOL*

*n again, muka aku sgt2 berbeda*

dan masa mula-mula dapat tahu makan dekat papa rons boleh makan sepuasnya dan bayaran murah, selalu gak kita pergi ramai-ramai. kompak dalam apa jua keputusan.

*peik chin pun ada sekali. muka abu sgttttt lain*

*partner in crime. haha*


berastagi- 1st trip bersama.

sewa sebiji kereta dan ade beberapa yang lain naik motor. trip ni first tym nisha bawak moto pergi jalan jauh. idea tercetus dari aiman, dan dibincangkan masa lab IMT. haha.

*terjumpa amir dkt sana*

*singgah makan*

*gundaling*

*mandi sungai. nama tempat: sibolangit. masa otw turun ke medan*

*dah sampai medan.makan di restoran minang. lapa sgt*

pantai chermin- ada 2 trip.

1 dgn lelaki, 2nd tym dgn perempuan plak. dua2 trip aku join akibat terlampau excited. n disebabkan itu juga lah, ada 1 tym tuh aku hyper hitam dan lama nk bertukar ke warna asal semula. dan aku hanya letak gambar-gambar dr 1st trip. ini disebabkan 2nd trip, ada gambar wanita tidak menutup aurat dan utk menghormati mereka.

*pantai chermin*

*arrival*

*together*

*lepas mandi-manda*

bukit lawang- best-est trip.

start dari persiapan, sampai ke sudah, mmg paling best. sri masak mihun, kitorg bawak ayam utk di-bbq kan. sewa kereta n yg lain naik motor. aku duduk dalam kereta smbil memeluk bbq set (takut terjatuh atas muka masa tido). rafting, tgk org utan. terbaik! trip ni pun berhasil menghitamkan aku. huh! malam-malam kita tak tidur. kumpul 1 bilik, lepas tuh bergosip. cerita hantu. ketawa2 nasib baik tak kena halau. lepas tuh kita kena extra charge sebab tak check-out b4 pukul 12 pm. pengalaman~

*bbq time*

*bergosip-an*

*pergi tgk org utan*

*mak dan anak*

*before rafting. sungai die paling bes. tp deras*

oh ye. ini tidak bermakna kita hanya tau enjoy sahaja. kadang-kala kita akan berkumpul utk belajar bersama. contohnya masa belajar biostat. dan masa buat kerja-kerja lab dan belajar utk exam lab.





*kelas oral surgery. belajar psl cleft*

entry ni munkin akan disambung lagi. tergantung atas tahap kerajinan aku. n satu je aku nak cakap kalau korang nak kawen nnt, aku nak jadi flower girl!! haha. takde la. kalau korg nak kawen nnt, n korg jemput aku(ayat sedih), insyaAllah aku akan berusaha utk datang. n jom buat reunion nanti!! haha

2:17 AM

bila fikir balik

come from sarah mohamad

masa kecik2 dulu, ada 2 kes yang sampai sekarang aku tak boleh lupa. kes aku dibuli. eh jangan betolkan skrin korg. korg tak salah baca. memang aku pernah dibuli masa aku muda dulu.

kasus 1

masa aku tadika. aku pergi sekolah dan balik sekolah naik bas. nama tadika aku, tadika sepakat. dekat keramat. entah dekat AU berapa. aku pikun sekarang. kadang-kadang aku pelik. ape pasal aku selalu lupa. nak kata aku makan semut, aku bukan keturunan tapir. aku makan nasi je. oh, mungkin ada fakta baru. nasi dapat menyebabkan orang menjadi pelupa. atau nasi juga dapat menyebabkan orang jadi latah. ini dibuktikan dengan statement "latah adalah penyakit orang asia". whoa. aku patut dapat nobel prize ni.

eh. terbabas sudah. kembali ke laptop! ada satu hari ni aku baru balik sekolah. masa tuh aku duduk umah flat. mase aku dah sampai tingkat rumah aku, ada 3-4 org budak kecik. aku sgt pasti diorg tuh belum sekolah lagi. umur dalam 4-5 tahun kot. aku pulak umur 6 tahun. dikira dari segi umur, aku menang la. berdiri depan aku. menghalangi jalan aku masuk ke rumah. perangai kecik2 da mcm ha alif ram. cari gaduh. aku mase tuh tak reti melawan. diorang ty aku, "kau nk pegi mane?". aku boleh pulak diam jek. mcm seorang pesalah yang ditemu ramah oleh pak polisi.

entah macam mana, aku nangis.huh. tak rock langsung perangai. tahapehape. ada kot 10 min aku nages, baru mak aku bukak pintu. mungkin naluri keibuan yang mendorong dia utk buka pintu. aku diselamatkan oleh mak aku. lepas dari hari tuh, aku tak nampak dah bebudak tuh. kalau la diorang still hidup smpai sekarang, aku harap diorang jangan lah buat perangai tak senonoh tuh. tuhan marah.

kasus 2

ni masa aku sekolah rendah. aku kecik. senang kata aku pendek. tp comel. cute dan gojes. haha. so, bila beratur beli makanan jek, puas aku hulur2 duit. siap tenjet kaki kasi tinggi sikit. last2 duit aku kene rembat dengan budak darjah 6 yang kompem2 lagi tinggi dari aku. dulu aku adalah seorang yang pasrah. nak cakap "bodoh" pun pikir 10 kali. sekarang ni, takyah cakap lah. ha. lagi satu fakta menarik. aku tak guna kata ganti diri aku-kau. mak aku marah. kena guna kite-awak. sweet bukan? disebabkan ayah aku kerja dalam kem sg besi dan rumah aku dalam kem, aku pergi sekolah dan balik sekolah naik truck askar. aku duduk depan. special request dari ayah aku. tiap2 hari abang truck tuh dukung aku naik truck. comel kan aku?

masa dalam truck ni aku berkawan dengan seorg anak india. tua dari aku. tp same sekolah dengan aku. so, sementara nak tunggu truck ni, kitorag selalu beli jajan dekat makcik cina depan sekolah sama2. keropok, ais krim malaysia sume ada. dia slalu tolong aku beli jajan. aku suruh dia amik duit dalam beg aku. belah poket depan. aku slalu beli keropok je. dia ni banyak gak makan. macam2 dia amik. segala jenis gula2. keropok. ice cream kiri kanan tangan. sungguh tak semenggah.

pada suatu hari, mak aku cek purse aku. mak aku slalu masukkan duit dalam purse aku, so secara logiknya dia tau bape banyak duit aku ada. mak aku tgk duit aku berkurangan. mak aku dah pelik. tak kan la aku makan banyak sgt. aku bukan jenis makan sgt dulu. badan pun ala2 kate moss. mak aku tanya mana duit aku. aku belanja apa. aku jawab la dengan tulusnya. secara jujur sekali jawapan aku. mak aku da saspek ada org amik duit aku. aku mana lah nak tau. budak darjah 1 mana reti kira duit sangat.

esok pagi ayah ku hantar aku kat truck. ayah aku main psycho jek. "mana dia??". tiba2, "bukan saya pakcikkk.bukan sayaaa". hah. kantoi disitu ye kawan2. haha.

p/s: sekarang aku rock. jangan harap kau nak buli aku. aku sebat pakai batang pinang kang.

10:54 PM

frozen yogurt

come from sarah mohamad

12:00 PM

My Top 5 Treat List

come from sarah mohamad

*sticky mode till 10 november*

Setelah berfikir sedalam-dalamnya dan semasak-masaknya, di sini aku akan menyenarai-pendek-kan 5 perkara yang aku rasakan patut berada dalam 'treat list' aku.

#5: Cash. money. duit. wang. ka-ching!!
Siapa yang tak suka duit kan? Dalam dunia yang serba-bukan-free sekarang, cash adalah sangat2 important. Tipu lah kalau anda mengatakan anda tak perlukan duit, dan anda tak sukakan duit.

#4: Shopping
Aku perempuan dan perempuan amat sinonim dengan shopping. Kadang-kala tak dapat beli pun tak apa, window shopping sudah cukup memadai. Tapi kalau dapat, bonus lah kan. How i wish, one day, ada seseorang datang kat aku dan mengatakan bahawa aku memenangi pakej shopping-semahumu-dan-tanpa-membayar-sesen-pun. Wah. Wah. Kalau la ada pertandingan macam ni, tolong lah inform kat aku ok? ;P

#3: Relaxing
Sekarang aku berada dalam tahun ke-4 degree aku dan aku salah seorang dental student. Life semakin hari semakin busy. Apatah lagi, semester ini kami disuruh membuat semacam thesis bagi memenuhi salah satu syarat mendapatkan degree kami. Jadi dapat merehat-rehatkan diri, adalah menjadi suatu yang amat menarik dan best sekali. Bersantai sambil menonton How I Met Your Mother dan Gossip Girl di laptop merupakan cara aku me-relaxkan diri. Apatah lagi dengan series HIMYM yang mencuit hati. Stress no more!

#2: Dapat berkomunikasi sentiasa dengan family and friends di Malaysia
Bila merantau di tempat orang ni, sesekali timbul juga perasaan homesick. Rindukan keluarga dan teman-teman di Malaysia. Tipu sangatlah kalau aku mengatakan aku terkecuali dari 'penyakit' ini. Nak ditelefon, mahal. Jadi solusinya apa? Yes! Internet la solusinya. Blog ini juga merupakan salah satu cara aku berkomunikasi dgn mereka. (Hai kamu semua!)

#1: Dell Inspiron 13
Ha. Kenapa aku mengatakan Dell Inspiron 13 ini berada pada tangga pertama? Sebab dengan Dell Inspiron 13 ini aku boleh mendapatkan 4 lagi treat list di atas. Tak percaya?? Jom aku terangkan.

Cash- Anda pasti tahu dengan adanya laptop/computer sekarang anda dapat membuat duit. tanya sahaja pada RedMummy.com. Apa caranya dia membuat duit? Ye. Dengan blog dan nuffnang. Jadi perlukah saya menerangkan lagi?



Shopping- Again. ever heard of shopping online? Pernah try? Dengan hanya meng-klik here and there, anda dapat memiliki si pujaan hati. Treatment yang best juga. Bila dapat tgk baju/seluar/kasut/accessories. Rasanya seperti di syurga. Ok. Aku tipu. Aku tak pernah pergi syurga. Harap-harap aku dapat kunjunginya satu hari nanti. :)



Relaxing- Aku tak ada tv sekarang. Jadi sumber hiburan aku berasal dari laptop. Dan juga my external kesayangan. Lebih-lebih lagi bila dapat menonton kedua series kesukaan di screen yang besar. Serba sedikit mengenai Dell Inspiron 13:

Wide Vivid Display
13.3 inches, to be exact. Plus the 16:9 widescreen format means you never have to squint or lean up close to use the Inspiron 13.

Hi-definition Experience

Just add the optional ATI Radeon™ HD 4330 graphics card, and hook up to a LCD TV using the one-cord HDMI connection to enjoy true high-definition cinematic experience.


Dapat berkomunikasi sentiasa dengan family and friends di Malaysia- dengan menggunakan webcam, messenger, facebook, ini dapat dicapai.

Always Connected
Enhanced wireless supports up to 802.11n connections. Plus the Dell™ Webcam Central lets you video chat with friends and family with amazing ease.


Betul tak apa kata aku? dengan adanya Dell Inspiron 13 ini, kesemua 4 treat list dapat diperolehi. Dengan reka bentuk yang tipis dan warna yang stylo, pasti bangga apabila dapat memilikinya. Hadir dalam 3 warna iaitu: Alpine White, Obsidian Black, dan Cherry Red.

aku nak yang cherry red since laptop aku skrg berwarna pink. dan aku merasakan mereka kelihatan begitu cute berdua. Oh. Jangan salah paham, aku masih mencintai kamu wahai pink tapi bukankan berdua itu lebih baik? :D



dan berita baik buat anda yang berminat: a special coupon code 7ZQVQF2RLZRKW3 from Dell that would allow anyone who makes purchase of a Dell Inspiron 13 (S510701MY) with RM100 Instant Cash Redemption!!. This promotion is only available online or by calling us at 1800-88-0301. This coupon code expires on 10th Nov 2009.

so, hurry up. ticktockticktock!!

pesanan ini dibawakan khas dari sarahmohamad.blogspot.com